Saturday, June 26, 2010

Kehilangan

tik tok..tik tok..pejam celik,pejam celik..bangun tidur,bangun tidur..Tak sedar masa begitu pantas berlalu. Rupanya aku dah 16 tahun hidup didunia ini. Cabaran pertama dihadapi ialah UPSR. Dua tahun selepas itu PMR pula dan kini aku menghadapi peperiksaan besar dalam hidupku sebagai remaja iaitu SPM. Teringat di waktu kecil engkau menggendongku. Setiap hari berada di pangkuanmu. Setiap jatuhku engkau mendukungku dan membantu aku untuk bangun. Namun kini,semua itu hanyalah tinggal kenangan. Masa seakan - akan membuktikan kekuasaan TUHAN kepada kita. Semua yang hidup pasti akan mati,semua yang bermula pasti berakhir. Kini barulah ku sedar betapa baiknya dirimu terhadapku. Pantas masa berlalu kian mengalpakan aku, engkau telah pergi meninggalkan aku selama - lamanya. Datuk, aku tidak tahu lagi bagaimana untuk membalas jasamu kepadaku selama ini. Hanyalah doa yang mampu kusampaikan kepadamu. TUHAN, dengan cinta kasihmu aku mohon agar engkau mengampuni segala dosanya didunia ini dan aku mohon agar dia mendapat tempat di syurga. Hari ini juga dunia memperingati ulangtahun pertama pemergian seorang RAJA POP 'The Late King of Pop Micheal Jackson'. Seakan tak percaya, rasanya beliau baru sahaja pergi,rupanya sudah setahun hal itu berlaku. Sukar untuk orang lain didunia ini yang dapat menggantikan tempat beliau, malahan pada pendapat saya tidak akan pernah ada orang yang boleh menjadi penggantinya. So, MICHEAL JACKSON may you rest in peace. I'll also pray for you my idol. The world will never forget you. Tapi itulah, sehebat mana pun kita didunia ini, sekuat mana pun kita, itu semua tidaklah kekal buat selama - lamanya. Pasti semua itu bakal hilang juga suatu hari nanti. Tapi cuma satu yang akan kekal selama - lamanya dan itu adalah iman kita. Maka hidup di sebagai manusia di duniaNya ini, janganlah alpa. Kerana maut itu boleh berlaku pada bila - bila masa sahaja. Oleh yang demikian, hiduplah dengan mengabdikan diri kepada TUHAN di dunia ini. Hari ini juga aku merasa sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku. Tapi tidak apa, anggap saja apa yang berlaku ini dugaan daripada Tuhan. Ku pasti tiada siapa yang ingin hubungan dengan rakan atau sahabat atau juga someone special bagi dirinya terhenti secara tiba - tiba. Itu merupakan sebuah kehilangan yang agak menyakitkan. Tapi tidak apa, aku hadapi semuanya ini dengan positif. Ku percayakan saja semuanya ini kepada waktu dan biar waktu merubah segalanya. Orang melayu kata,carik2 bulu ayam,akhirnya bertenu juga. Pasti ada waktu untuk sebuah hubungan itu pulih kembali, mungkin tidak hari ini. Mungkin juga tidak esok,tahun hadapan atau sepuluh tahun akan datang. Tapi yang pasti ada waktunya untuk sesebuah relationship itu kembali pulih. Tapi buat masa sekarang ini, aku kena tabah untuk menghadapi sebuah KEHILANGAN dalam hidupku. Tapi tidak mengapa kerana sebelum ini kau telah menceriakan hari2 ku. Terima kasih kerana pernah menjadi penghibur dalam hari-hari ku sebelum ini walaupun ini tidak kekal lama. Akhir sekali,aku doakan kejayaan dirimu selepas ini. Bantulah diriku untuk tabah dalam menghadapi semua ini ya Tuhan.

2 comments: