Friday, July 2, 2010

Raja

hah!! Kali ni nak cakap pasal raja pula. Raja ada dua. Raja dalam negara dan satu lagi Raja Segala Raja. Eloklah kita beradab dengan raja tapi kenapa kita biadab sangat dengan Raja Segala Raja? NI bukan sembah durhaka tapi sah-sah masuk neraka. Korang ingat korang tu sapa? King Kong?

Kita beradab dengan raja, bila dijemput ke istana, happy tak terkata.
Tapi dengan Raja Segala Raja,bila dia jemput ke gereja, kita buat derk ja.

Kita beradab dengan raja, pakai habis smart, tempah atau sewa baju lagi kadang2.
Tapi dengan Raja Segala Raja, nak ke gereja, kekadang baju yang dipakai tak cukup kain atau tak sesuai.

Kita beradab dengan raja, nak ke istana esok, malam ni dah prepare.
Tapi dengan Raja Segala Raja, nak ke gereja liat, bangun pagi pun susah.

Kita beradab dengan raja, kita buat apa dia suruh tak banyak cakap.
Tapi dengan Raja Segala Raja, disuruh untuk berdoa,sembahyang atau baca kitab pun kita tak buat. Buat pun kadang-kadang separuh hati.

Kita beradab dengan raja, apa dia tak suka kita tak buat, takut dikata derhaka.
Tapi dengan Raja Segala Raja, kita buat apa kita suka, tak takut masuk neraka.

Kita beradab dengan raja, bila dia ada kita rasa hina, rasa rendah diri.
Tapi dengan Raja Segala Raja, mana pernah Dia takda, tapi kita masih ada juga yang tak sedar diri. Tak pernah rasa diri tu kecik depan Dia, tak sedar diri tu berdosa.

Kita beradab dengan raja, nak menghadap tu punyalah takut, rasa longgar sendi lutut.
Tapi dengan Raja Segala Raja, mana ada takut, itu yang dalam misa pun bercerita, main henpon semua tu. Bishop/paderi bagi kutbah, fikiran melayang entah ke mana.

Kita beradab dengan raja, dipanggil mengadap pun dah rasa bertuah.
Tapi dengan Raja Segala Raja,dipanggil pergi gereja pun kita rasa menyampah.

Kita beradab dengan raja, sanggup menunggu berjam-jam lama sebab nak jumpa.
Tapi dengan Raja Segala Raja, berdoa pagi pun dah rasa lama, padahal cuma lima minit.

Renungkanlah bersama..

Thursday, July 1, 2010

Kalau lelaki hensem VS kalau lelaki tak hensem

kalau lelaki hensem pendiam
Perempuan akan cakap: Woow, cool giler
Kalau lelaki tak hensem pendiam
Perempuan akan cakap: Eleh, perasan bagus..

Kalau lelaki hensem berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Nobody's perfect
Kalau lelaki tak hensem berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Memang..muka pun macam muka pecah rumah

Kalau lelaki hensem menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: Wah!! machonya..mcm hero filem!!
Kalau lelaki tak hensem menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah - entah kawan dia

Kalau lelaki hensem dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap: Sepadan sangat
Kalau lelaki tak hensem dapat perempuan cantik
Perempuan akan cakap: Mesti kena bomoh perempuan tuh!!

Kalau lelaki hensem ditinggal kekasih
Perempuan akan cakap: Jangan sedih, saya kan ada..
Kalau lelaki tak hensem ditinggal kekasih
Perempuan akan cakap: HUH!!memang patut..

Kalau lelaki hensem penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus..penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak hensem penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi

Kalau lelaki hensem bawa BMW
Perempuan akan cakap: Wah!! Matching..hebat luar dalam
Kalau lelaki tak hensem bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana??

Kalau lelaki hensem tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak hensem tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: Tak sanggup melihat hasilnya ya??

Kalau lelaki hensem menuang air ke dalam gelas perempuan
Perempuan akan kata: Ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak hensem menuang air ke dalam gelas wanita
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu memang begitu

Kalau lelaki hensem bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak hensem bersedih hati
Perempuan akan cakap: Kuat nangis!! lelaki ke bukan ni??

Begitulah ragam manusia di dunia ini, lebih memandang luaran tanpa mencuba untuk mengenali isi hati.

Walaupun ini cuma sekadar gurauan, tetapi perkara di atas wajar kita jadikan pedoman agar kita tidak mudah menghakimi seseorang hanya berdasarkan paras rupa. Ramai kita sekarang ini suka menghakimi, tak tahu sama ada yang menghakimi itu betul2 perfect. Adakalanya yang menghakimi itu lebih teruk daripada yang dihakimi. DR Fadzilah Kamsah sendiri pernah berkata bahawa mereka yang sebenarnya menghakimi orang lain adalah 10 kali lebih hina daripada orang yang mereka hakimi itu. Sebelum kita mengenal seorang itu dengan rapat kita tidak layak untuk menghakimi mereka.